Wednesday, 7 March 2012

Aku jadi Perempuan....

Bismillahirahmanirrahim....

ni cuma gamba hiasan...tq pakcik google..

Mungkin aku adalah org yg lmbt utk update pasal Hari Wanita Sedunia ni..hihi...teruknya aku sbb bru dpt tau pasal Hari Wanita ni smlm....
Sebenarnya aku amat2 la bangga menjadi seorg wanita/gadis/perempuan atau apa2 jela panggilan...

Waktu aku kecik2 aku sllu ckp kt mak nape aku kene jd perempuan..da la susah..nk kuar rumah xleh..nk kene beli brg yg dlm2 tu la..lps tu  naik sklh menengah dtg pulak permulaan 'kwn baik'..mmg xsuka la..lps tu kene pakai tudung la..kalo nk lepak mlm2 ngn kawan kompem xleh..benci tau....lps tu waktu kenduri yg perempuan semue duk dapur..laki sonok je x tlg pe...pastu kite kne basuh pinggan la masak la...kalo x tlg mak masak ckp kita anak dara pemalas la..ape la..TAK SUKE....TAK SUKE.....

Tapi biasalah waktu kecik2..pikiran pun ngokngek lg.kan..bila da besar..aku baru tau menjadi seorg wanita tu la yg paling seronok..bertuah aku menjadi seorg wanita....siap ade hari utk wanita lagi..lelaki ade???hiihi....ade yg skrg ni berebut2 nk jd 'perempuan'..hah..ape cer tu..






Keistimewaan Wanita Dalam Islam..

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

11. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

12. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

13. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

14. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

15. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

16. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),  maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

17. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

18. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

19. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

Aku cuma senaraikan 19 je..tetapi sebenarnya bnyak lg keistimewaan wanita yg Allah telah berikan..klik sini jika korg semua nak menambahkan ilmu..

p/s : Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah menjadikan aku seorang Wanita....

















2 comments:

  1. selamat hari wanita..
    (^____^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..selamat hari wanita juga kpd anda..hihi...=)

      Delete

Lain dari lain punya cerita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...